Monday, July 11, 2016

SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA AHMAD FARID OZAIR DAN SELAMAT HARI RAYA

Bismillahh..

"Alhamdullillah, syukur diatas limpah dan rahmat dari Allah swt. Diatas kebahagiaan dan Kasih sayangNya , Rezeki yang tidak putus-putus dan Kesejahteraan kita semua.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpah dan rahmatNya dan sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain" Ameen..


Tanggal 6 Julai 2016 anakanda kesayangan mama genap setahun. Hari yang sangat istimewa sebab hari lahir awak jatuh pada 1 syawal..
Alhamdullilahh..Alhamdullilahh..Alhamdullilahh..Alhamdullilahh..Alhamdullilahh..

Mama akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anakanda semoga sentiasa berjihad ke Jalan Allah swt menjadi anak yang soleh dan mendengar kata kedua ibu bapa.

Sesungguhnya sayang, awak adalah hadiah yang paling teristimewa dalam hidup mama, kebahagiaan mama, kegembiraan mama. Semoga jodoh kita akan berpanjangan sehingga akhir hayat mama.










No comments:

Post a Comment