Monday, August 12, 2019

Janji

Bismillah..

Dua hari ni ayat suamiku kerap terngiang ngiang di fikiran..selalu tengok drama je dah cukup sweet..rupanya suamiku lagi sweet tahap lori gula tumpah..ha ha ha ha..

abang, orang harap ucapan abang tu abang akan kotakan satu hari nanti, jika di izinkan Allah, dipermudahkan rezeki kita, dipanjangkan umur dan jodoh kita berkekalan hingga akhir nyawa..

ingat tau!! abang cakap :
"sayang macamana la kalau orang keliling kaabah masa musim haji ni ramai ramai kan? nanti kalau kita pergi abang kena pegang tangan sayang kuat kuat, takut hilang nanti "

awwwww..so sweettt 😍😍

Monday, July 11, 2016

SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA AHMAD FARID OZAIR DAN SELAMAT HARI RAYA

Bismillahh..

"Alhamdullillah, syukur diatas limpah dan rahmat dari Allah swt. Diatas kebahagiaan dan Kasih sayangNya , Rezeki yang tidak putus-putus dan Kesejahteraan kita semua.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpah dan rahmatNya dan sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain" Ameen..


Tanggal 6 Julai 2016 anakanda kesayangan mama genap setahun. Hari yang sangat istimewa sebab hari lahir awak jatuh pada 1 syawal..
Alhamdullilahh..Alhamdullilahh..Alhamdullilahh..Alhamdullilahh..Alhamdullilahh..

Mama akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anakanda semoga sentiasa berjihad ke Jalan Allah swt menjadi anak yang soleh dan mendengar kata kedua ibu bapa.

Sesungguhnya sayang, awak adalah hadiah yang paling teristimewa dalam hidup mama, kebahagiaan mama, kegembiraan mama. Semoga jodoh kita akan berpanjangan sehingga akhir hayat mama.










Tuesday, June 21, 2016

MAMA SAYANG OZAIR

Bismillahhh..

Hari ni mama rasa mama nak coretkan nukilan hati mama..supaya satu hari nanti bila ozair dah besar ozair boleh baca apa yang berlaku, apa perasaan mama, apa yang mama lalui, apa yang mama rasa dan macam-macam perkara yang berlaku sebelum mama lahirkan kesayangan mama ni..

29 Jun 2015
Harini Mama datang check up dekat Pakar 5 bila mama notice macam ozair kurang gerak, mama risau dan takut sangat kalau ozair lemas atau ada sesuatu yang tak baik terjadi. Fikiran mama fikir yang bukan bukan je. Peristiwa masa mama keguguran dulu buat mama jadi sangat berhati-hati. 

Masa mama check up, mama bagitau doktor, ozair kurang gerak, doktor terus check bukaan servik mama sebab mama dah 38 minggu..Masa check bukaan baru 1cm. Doktor minta mama check in wad untuk pemeriksaan lanjut..Ohhh..susah hati mama..tak kan kena masuk wad kot?? (nangis lagi)

Mama check in pukul 10 pagi, dan admit wad 9. Masa dekat wad doktor pantau bergerakan ozair guna mesin CTG. Lekat belt dekat perut pastu dengar jantung awak..bep bep bep bep..hehehe.. Masa daily round dekat wad Doktor suggest untuk induce kalau pergerakan ozair still less & poor. Ya Allah seriusly mama buntu nak buat keputusan. Mama minta pendapat abah patut x mama induce? Abah setuju je untuk induce sebab tak tau apa berlaku dekat ozair kat dalam perut mama. Fikir punya fikir mama decide nak keluar wad sebab mama takut nak induce..Mama nak fikir lagi. Doktor setuju dan kenakan syarat hari-hari kena buat CTG untuk pantau movement dan heart beat ozair. 

Check in


abah datang tengok mama
bacaan atas heart beat, bacaan bawah movement..
tengok bacaan movement ozair mendatar tau!
abah keje tengok tu pakai baju keje lagi
30 Julai 2015
Petang ni Mama check out wad 9. Yeah! Malam ni tido dapat pelok abah.

1 Julai 2015
Harini mama refer dekat Pakar 5 lagi untuk check CTG ozair..oh, CTG ozair very poor lagi!! less movement at all..JM nik kata adik tidur, Jm nik suruh mama pass result CTG dekat Labour Room untuk bacaan doktor and the result is mama kena admit wad semula..Masa dekat Labour room Dr. Ezliyani suggest untuk induce tapi mama refuse jugak lepastu Dr. Ezliyani cakap risiko tinggi, berani ke nak tanggung risiko? (mama nangisss lagi..) lepas kena tortured and counseling dengan doktor masa repeat bacaan CTG ozair tu mama decided setuju untuk induce..(seriusly mama down masa ni)
masa ni dekat labour room. kena pakai oksigen sebab ozair tak nak gerak.Gemuk betul mama.

Ok dah check in dekat wad mama pun dah mula bosan..tengok-tengok orang, check up sikit sikit dan of course kebosanan yang terlampau..ada dengar ceramah dari staf wad tentang penyusuan susu ibu dan penjelasan sikit tentang risiko induce dari HO dan MO dekat wad..
cucuk lagi untuk check darah. Doktor cakap darah mama ade antibodi. kena ambil dekat pusat darah negara
abah dah boring
2 Julai 2015
Harini mama start induce pil yang pertama..Ya Allah debar betul mama..pagi masuk ubat lepas tu doktor rangsang bukaan servik mama..tapi no progress..Tiap tiap pagi pukul 4am-5am mama kena bangun buat CTG. Tiap kali check up kena check ada denyutan jantung awak x? 

3 Julai 2015
Induce yang ke 2 pun still no progress..Check CTG macam biase. as long as mama dengar Heart Beat awak, mama ok je :)


4 Julai 2015
Induce yang ke 3 pun sama sayang still no progress..sayang memang buli mama tau, tak nak keluar..mama dah kejung dekat wad dah ni (nangis).

5 Julai 2015
Pagi ni Dr. Syaripah yang induce, ni induce yang terakhir jadi kalau xde progresss jugak kena operate (nangis) so mama diarah untuk puasa sampai pagi esok untuk preparation ke OT Room incase kalau terpaksa ceaser.

6 Julai 2015

Hari yang dinanti..masa check up pagi dengan Dr. Syaripah bukaan mama dah 2cm tapi still tinggi lagi. Dr. Syaripah suggest masuk labour room untuk continue progress samada nak pecah air ketuban atau end with ceaser. 

Ok masa ni Doktor suruh mama makan sebab lama dekat labour. Ya Allah sayang, mama x ada makanan nak makan. Nasib baik ada kurma nenek mak bekalkan. Mama makan sambil susah hati yang terlampau. Nak telan pun susah kurma tu. Nurse datang katil mama bawa wheelchair dan tolak Mama sampai labour. Nurse pesan bawak pampers sebab confirm awak keluar arini. Sampai je mama kena tukar baju. Lepas tu cucuk 'drip induce' untuk rangsang kontraksi lagi kuat. Sepanjang proses induce, doktor pasangkan perut mama dengan CTG untuk kesan degupan jantung awak dan kesan kadar sakit kontraksi. Ok mama dah start kontraksi 2 minit 1 minit..Dr. Ain masukkan tiub kencing sebab mama akan stay labour room lama. sampai pukul 7 malam mama stay dan sakit sayang. tapi mama boleh tahan lagi. sampai tertidur tidur dalam tu. tak tau la mama berdengkur ke ape ke..hahahahaha! Masa dalam labour room abah tunggu kat luar. abah nak jumpa mama tapi x boleh masuk.Lepas tu PPK kak yati tolong abah masuk jumpa mama. Ya Allah happy sangat mama masa nampak abah. Abah nak kasi air anugerah tapi mama x sempat minum. Lepas tu doktor Leng Meng Chik check bukaan mama..bukaan mama still 2 cm. Oh mama dah rasa sakit masa ni, contraction mama makin kuat. Doktor kata bahaya tunggu lama-lama sebab air ketuban dah pecah jadi malam ni jugak kena ceaser. Doktor syor operate dekat HTJ sebab masa ni OT room ada tempeture problem. tak hygience..Mama sanggup tanggung risiko nak operate dekat HTAN. Mama tukar baju putih lepas tu kena tukar katil. Masa ni contraction semakin kuat. Mama nak tukar katil pun sakit. Oh! Tahan. Tahan.



mama tukar baju OT dah. Masa ni abah asyik cuti-curi ambil gambar je
masa ni mama dekat depan OT Room. ok tu pakshu tengah checking mama, eh sibuk je. mama tengah dengar T&C dekat OT Room. Actually mama tak dengar sangat pun sebab mama dah x sabar nak jumpa awak ni..yihhuuuuu!


Mama masuk je OT Room ntah berapa kali tukar baju pun mama tak ingat. Mama kena bius dekat tulang belakang, 2 kali jarum cucuk tulang belakang mama. Rasa biasa je macam kena gigit semut. Lepas tu Doktor baringkan mama dan test samada bius tu dah function ke belum kot dengan kain kapas yang basah dan sejuk. Mama risau masa ni takut sangat kalau doktor potong perut mama, mama rasa sakit. Berapa kali test bius baru start Operation. Masa ni mama ingat lagi jam BasketBall dekat sebelah mama start dalam pukul 9pm macamtu. And Done dalam pukul 9:37pm. 

Masa start Operation mama tak nampak perut sebab Anes staf blok kain depan mata mama. Doktor yang handle operation buat operation cepat sangat dan bersungguh sungguh. mama dengar Doktor semua berusaha dengan gigih nak keluarkan awak sayang. Bergoyang-goyang perut mama. Rasa macam kena tolak2 perut mama masa tu. Doktor minta tolong staf yang lain tolak perut mama dari atas sebab kedudukan adik tinggi. "One Two Three Push! One Two Three Push!"  Lepas tu mama dengar Doktor Leng cakap "Oh Its a Boy!! Its a Boy!!' sekali dengan  suara adik menangis, Alhamdullillah!! Adik dah selamat keluar :)


Lepas tu sayup2 dengar suara adik makin perlahan keluar dari OT Room maybe staf OT bawak adik pergi Labour room untuk bersihkan adik dan timbang lilit semua tu kot?. 

Abah cerita masa awak keluar abah tak tau. Abah ingat anak orang lain sebab kejap je dah keluar? hehehe..Masa nurse kasi awak dekat Abah, Abah nangis masa azankan awak. Mama sedih dengar abah cerita sebab abah x pernah nangis pun depan mama. Pak shu pulak sibuk nak tengok hidung awak..Grrrrr!! Dah selesai semua barulah mama jumpa awak sayang. Nurse tunjukkan awak dekat mama. Masa tu mama tengah kena jahit kot. Nurse tunjuk pipit awak lepas tu mulakan penyusuan kali pertama. Dah selesai semua awak baring dekat dada mama lepas tu PPK tolak pergi Wad 10. Keluar je dari OT  mama nampak nenek. eh Tok mak dengan Tok Ayah pun ada. Mama lambai nenek mak suruh ikut. Mama rasa macam nak turun je katil nak peluk nenek. Mama nak minta ampun. Tak tau lah kenapa ada perasaan tu? T_T mungkin sebab naluri mak mak kot?huhu..
Masa ni awak baru je keluar dari perut mama, 
abah ambil gambar masa nurse suruh azan

Masa mama dihantar ke wad, Nenek Mak ,Tok Mak Tok Ayah Ain Abah ikut sekali. Nurse tukar baju mama dan pakaikan pad. Tok Mak dengan Tok  Ayah tengok awak, Nenek Mak je tengok mama..hihihi..Lepas tu semua kena balik sebab bukan waktu melawat. Tinggal mama sorang. Mama masa tu penat dan mengantuk. Muka mama gatal..mama garu-garu muka mama..Mama ingatkan sebab kuku mama panjang rupanya sebab kesan bius tu.sampai mama suruh abah bawak kepit kuku sebab tak tahan gatal sangat. 

7 Julai 2015
Setiap 2 jam nurse kejutkan mama susu kan awak. Mama pulak memang tak boleh bangun sebab memang prosedur lepas bius mama kena baring je. Susah betul nak susukan awak sayang sebab mama kena baring tegak je tanpa bantal. Nak masuk subuh Sister kejut mama lagi susukan awak, lepas tu mama request nak tegakkan katil, sister tu tanya ada pening2 tak? pukul berapa bius? macam2 soalan jugak sister tu tanya lepas tu sister tegakkan katil mama. Oh leganya. 

Pagi tu Nurse Check suhu mama dengan awak. Eh mama demam pulak! Tapi mama rasa sihat je. Semua cakap badan mama panas sangat sampai kena lumur dengan tuala basah. Tiap sejam nurse check suhu.

Waktu lawatan pagi, seawal 7pagi nenek mak dengan paksu datang bawak makanan. Pakshu pun bangun awal lah nak tengok awak. huhuhu. Mama dah lapar betul dah masa ni. Lebih 24 jam mama tak makan! Mama nak minum air banyak2 tapi nenek mak tak kasi sebab mama baru lepas operate. Pagi tu Sister minta mama cuba bangun. Mandi dan uruskan awak. Mama ok je, mama cuba bangun walaupun takut. Mama rasa pening, macam nak tumbang. Sedaya upaya mama bangun jugak duduk dekat kerusi. Lama mama duduk dekat kerusi, bangun sikit2 bertatih mama nak pegi toilet. Sister tu peteng je mama dari jauh sambil tengokkan awak. Kot hilang kang. Sister tu cakap nak pegi mana-mana cakap takut anak hilang. Fuh! Cuak mama! Mama berjaya mandi sendiri dah uruskan diri mama dengan Jayanya!! walaupun dengan perut baru lepas kena belah dan Pergerakan mama yang sangat terbatas mama kena kuat!

Pagi ni kemain ramai orang datang tengok awak. Banyak yang bagi duit. Terima Kasih banyak-banyak! Disebabkan ramai sangat tengok awak, sister yang incharge mama, marah2 sebab mama sepatutnya kena berehat. Its ok, mama tido je kalau penat walaupun ada orang datang tengok. Huhuhu..

Masa kawan mama, Auntie sima datang mama pandang dia lepas tu mama tido balik..hahaha! mama mengantuk sangat.

butayang mama baru 1 hari

Tok Abah datang tengok cucu dia
oh! Nenek mak datang bagi makan malam, lepas tu mama kena halau dekat Guard. Oh! mama melenting betul. Mama nak nenek mak kot. Nenek Mak cakap jangan gaduh, nanti nenek datang lagi. Mama marah Guard tu, Geram betul mama. tak sampai 10 minit pun nenek stay. 

Julai 2015
Pagi ni mama ok jugak, boleh bangun walaupun terbongkok bongkok. Mama request nak balik boleh ke? Doktor sharipah kata kalau balik kena tunjuk diri tu dah sihat dan boleh bangun dan berdiri tanpa bantuan. Oh! dari semalam mama dah practise kot..memang boleh balik la cemtu! hehehe..

Julai 2015
Yeah!! dah boleh balik!! Tuhan je yang tahu betapa happynya mama boleh balik..
Masa balik pakshu yang ambil, masa drive pakshu langgar bumper. Aduhhhh!! ngilu perut mama..Lama mama nak recover dari luka perut. Betapa terbatasnya pergerakan mama sampai mama rasa mama nak mati dah. Dah la awak kena kuning lama sayang, macam2 mama ikhtiar. Akhirnya air rebusan daun belimbing buluh yang serasi..
Alhamdullillah..semuanya dipermudahkan. Mama pun dah sihat. Awak pun dah dembol sangat dah. tak larat mama nak dukung dah. hihihi..


"Ahmad Farid Ozar, sesungguhnya mama sayangkan awak dunia dah akhirat mama. Mama akan sentiasa doakan awak berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yang mendengar kata, Bertakwa kepada Allah dan mencontohi kepimpinan Rasullah swt (selawat)"

Hari kedua





check kuning

Selamat Hari Raya :)










Sunday, May 22, 2016

RAWATAN AKAR

Bismillahh..

Asalammualaikum :)

Lama dah tak update blog ni..
tak de benda nak share sebenarnya..hehehe..
So now i ada something nak share! 

hari ini i nak share tentang Rawatan Akar bagi Gigi yang selalu sangat sakit, 
selalu rasa Ngilu pastu lubang gigi tu dah dalam sangat dah. 
Kiranya kategori patut cabut dah tapi sayang gigi tu nanti nak kunyah kunyah kunyah camne? dan i muda lagi kot? takkan x ada gigi dah. hehehehe..Actually gigi ni mula meragam masa i mengandung 5 week. Ya Rabbi sakit dia Tuhan je yang tahu. sampai tak pegi keje sakit sangat gigi nya. Asyik bergantung dengan Panadol je sampai bila kan? So i Gigih jugak buat rawatan dekat Klinik Pergigian Kuala Pilah je sebab senang sikit tak payah buat appointment tetapi apelah nasib masa tu dapat Dr. Kekwat sangat, pastu kita ni dah la sakit dia main tale je drill tu tak tanya ok ke? sakit tak? Kena air sejuk yang bersihkan gigi tu pun menggigil lutut tahan. Ingatkan hilang sakit tapi setengah jam kemudian lagi teruk berdenyut,

Jadi nak tak nak i terpaksa guna muka simpati ni terjah Klinik Pakar Pergigian HTAN.
Alhamdullillah, i sangat bertuah sebab jumpa Dr. Farah masa tu, dan dia sangat care dan sangat kesian dengan i yang menggigil-gigil sakit sangat dah gigi ni. Dr. Farah semoga Allah balas budi baik Dr. Farah sebab tolong i hari tu.

Sepanjang i pregnant 3 kali buat check up dengan Dr. Farah.

1st - Bukak balik tampalan Dr. Klinik Pergigian yang sedih sangat tu, lepas tu masuk ubat cengkih dengan antibiotik rasanya.
2nd - Rawatan akar gigi geraham bahagian atas belah kiri, Prosedur ni lama sangat, sampai letih mulut nganga. Gigi geraham ni dah lama sangat sensitif sampai panas nasi pun sensitif jugak. Masa start nak buat rawatan akar Dr. bius dulu kalau tak meraung la i T_T
3nd - Masa ni Gigi Geraham bahagian atas belah kanan dah mula nak sensitif macam gigi kiri jadi Dr. Farah letak ubat tahan sakit je dulu sementara deliver sebab dah 7 bulan masa tu. Kena tunggu lepas deliver baru buat Rawatan akar semula sebab tak  boleh nak x-ray gigi tu.


So baru-baru ni i pun recall la balik pasal gigi Geraham bahagian atas belah kanan tu kena buat rawatan akar. Sebenarnya sepatutnya lepas deliver kena buat terus tapi i pending sebab malas la gigi tak sakit lagi. Tapi baru-baru ni rasa macam nak sakit balik je oh! baik refer cepat sebelum menggila sakit tu.

Check up 19 Mei 2016 pada 2:30 Petang.

Dr. Farah tak ada pulak dia cuti balik kampung, tapi staf dia pun ok jugak buat.
Sempat i snap gambar..hihihihihii..



eh? kenapa tutup mulut tu?
ni lah sebabnya..aku besi 2 ketoi dalam gigi. tambahan dengan air liur meleleh leleh keluar..
oh tak boleh nak telan air liur..



muka lepas kena bius..bengot sebelah kanan

So far i sangat berpuas hati dengan treatment dekat Klinik Pakar Pergigian HTAN.
You all did such a great JOB!! Kipidap!!

Tuesday, February 23, 2016

KENCING ANAK WARNA PINK

Bismillahhhh..

Pejam celik dah 8 bulan dah ozair..
oh! cepatnya anakanda membesar bagaikan Juara! 
Mama rasa macam ozair baru je keluar dari perut mama ni T_T

ok back to the topic..
baru baru ni mama tak tau la kenapa kencing ozair ada stain warna pink,
lepas tu kencing ozair sikit..selalu bila mama ambik dekat rumah ibu waktu lunch
mesti pampers dah penuh tapi makin lama makin kurang kencing ozair..

oh! something going wrong ni..
mesti investigate..last 19th Februari mama jumpa house officer mama, Dr ezzudin adham..Dr. Ezzudin cakap adik kurang susu, dia minta mama supply banyak susu dekat ozair..bila mama flashback balik memang ozair x demand susu, asyik nak merayap dan berdiri je..bila mama breastfeed ozair, ozair gigit kuat2 puting mama!! Grrrrr..

mama risau je kalau ada yang x baik, rasa macam nak pegi Emergency untuk fully check..abah pun risau dah..tapi ozair aktif dan sihat dan tak meragam..
oh nak tengok tak macamana stain tu? refer gambar dekat bawah
nampak tak warna kuning sangat tu

lepas supply susu banyak2 kencing penuh dan tak ada warna

So, mama rasa mama kena bawak la ozair ke Emergency..mama risau kalau ada benda yang lain pulak better mama prepare awal-awal.


-Mama risau-



Monday, January 4, 2016

Susu Mama tiba-tiba Drop!!

Asalammualaikum,

Minggu lepas minggu yang teramat stress buat saya..Masyallahh susu tiba-tiba drop teruk sangat..pum dapat 1-2 aun je!! Susah sangat hati..cukup tak susu untuk ozair ni kalau tiap kali pam dapat sikit je..ohhhhhhh..susah hati lagi!!!!

Saya cuba cari punca, kenapa boleh jadi macamni;

i) Faktor Kurang pam masa dekat office 
Ok. at first seriusly saya agak takbur sikit dalam hati, "oh susu banyak, tak perlu pam..stimulate dari Ozair memadai"  

ii) Faktor Kurang minum air kosong
sekarang ni memang malas minum air sebab asyik buang air je dekat office..bawak botol 1.5 liter boleh minum untuk 2 hari.

iii) Faktor Kurang suction dari Ozair
baru baru ni kami kerap balik kampung, jadi ozair tak kerap susu sebab makcik2 dia asyik dukung ozair je nak main..jadi mama terkapai2 di angin lalu pandang je dari tepi dinding nak pegang ozair tak dapat..boleh jadi punca jugak kan!

So dalam seminggu ni kena mula semula training stimulate breast dan kena patuh setiap ruless;
- setiap 2 jam kena pam, wajib and no kompromi!!..pam 10 minit kiri 10 minit kanan..ulang sampai setengah jam..
- Air kosong kena habiskan 1.5 liter dekat office dan sambung lagi minum air dekat rumah lagi 1.5 liter..
- Kena minum balik horlick (Maigad mama tak suka horlick sebab manis

Alhamdullillah dalam seminggu susu dah banyak balik..fuhhh!! walaupun tak dapat 12 aun sekali pam macam selalu 8 aun pun memadai..Tobat rasanya!!..tak boleh bayangkan kalau tiba-tiba susu takdek then buat upt positif..boleh pengsan!!..hahaha!!

Semoga, mama cuba sedaya upaya mama nak bagi ozair full BF sampai ozair 2 tahun..mama tak nak takbur dah..sebab Allah suka uji mama..bila ade je mama takbur ke langit sikit mula la Allah tu turunkan mama ke tanah balik.. T_T


-Mama Ozair Insaf-

Tuesday, December 29, 2015

Bila O-Ring Pump Breast Medela Hilang atau Putus

Assalammualaikum..


Baru-baru ni Pump Medela saya macam tak suck sangat bila pam..ingatkan membranes yang koyak sebab sebelum ni pernah koyak sebab ganas sangat masa bukak membrane tu masa nak basuh.. (sepatutnya cara untuk bukak membrane kena tekan button membrane dari dalam) bila check ok je..Ohh!! susah hati betul, macamana nak pam ni! 

Stat cakap dengan cik abang, kenapa dengan pam ni suction xkuat, apa yang problem? then cik abang pun google..rupanya O ring dekat valve tu hilang!! 
oooo..patut la tak boleh suck..(nangisssss)

tengahari tu cik abang lilit dengan tape putih tapi kejap je dah tercabut balik lepas tu pumping pun kejap tercabut valve tu sebab tape putih tu licin kot? dan suction pun tak berapa kuat sangat..3 hari jugak guna bersabar..(nangis lagi)

 then esoknya cik abang bawak pegi kedai sparepart kereta untuk carik o-ring..terus cakap dengan tauke kedai tu nak o-ring paling kecik sekali (valve tu kena bawak sekali untuk masukkan o-ring ngam ke x ngam) satu - satu o-ring kami try akhirnya jumpa jugak o-ring yang fit betul dengan valve..Alhamdullillahh~

Ok sekarang boleh guna balik pam dengan riang hati sebab tak payah beli pam baru. hehehe!


ni set pum medela yang saya pakai
getah gelung valve ni yang hilang

o-ring dekat kedai sparepart 

hopefully perkongsian saya dapat membantu ibu-ibu yang senasib dengan saya..hehehehe..barang yang hari-hari pakai mesti akan rosak, jadi tak boleh salahkan produk..kena fikir macamana nak modified balik. kalau tak kenalah  beli valve baru..


Ok, bye..

mama ozair kedekut