Tuesday, June 21, 2016

MAMA SAYANG OZAIR

Bismillahhh..

Hari ni mama rasa mama nak coretkan nukilan hati mama..supaya satu hari nanti bila ozair dah besar ozair boleh baca apa yang berlaku, apa perasaan mama, apa yang mama lalui, apa yang mama rasa dan macam-macam perkara yang berlaku sebelum mama lahirkan kesayangan mama ni..

29 Jun 2015
Harini Mama datang check up dekat Pakar 5 bila mama notice macam ozair kurang gerak, mama risau dan takut sangat kalau ozair lemas atau ada sesuatu yang tak baik terjadi. Fikiran mama fikir yang bukan bukan je. Peristiwa masa mama keguguran dulu buat mama jadi sangat berhati-hati. 

Masa mama check up, mama bagitau doktor, ozair kurang gerak, doktor terus check bukaan servik mama sebab mama dah 38 minggu..Masa check bukaan baru 1cm. Doktor minta mama check in wad untuk pemeriksaan lanjut..Ohhh..susah hati mama..tak kan kena masuk wad kot?? (nangis lagi)

Mama check in pukul 10 pagi, dan admit wad 9. Masa dekat wad doktor pantau bergerakan ozair guna mesin CTG. Lekat belt dekat perut pastu dengar jantung awak..bep bep bep bep..hehehe.. Masa daily round dekat wad Doktor suggest untuk induce kalau pergerakan ozair still less & poor. Ya Allah seriusly mama buntu nak buat keputusan. Mama minta pendapat abah patut x mama induce? Abah setuju je untuk induce sebab tak tau apa berlaku dekat ozair kat dalam perut mama. Fikir punya fikir mama decide nak keluar wad sebab mama takut nak induce..Mama nak fikir lagi. Doktor setuju dan kenakan syarat hari-hari kena buat CTG untuk pantau movement dan heart beat ozair. 

Check in


abah datang tengok mama
bacaan atas heart beat, bacaan bawah movement..
tengok bacaan movement ozair mendatar tau!
abah keje tengok tu pakai baju keje lagi
30 Julai 2015
Petang ni Mama check out wad 9. Yeah! Malam ni tido dapat pelok abah.

1 Julai 2015
Harini mama refer dekat Pakar 5 lagi untuk check CTG ozair..oh, CTG ozair very poor lagi!! less movement at all..JM nik kata adik tidur, Jm nik suruh mama pass result CTG dekat Labour Room untuk bacaan doktor and the result is mama kena admit wad semula..Masa dekat Labour room Dr. Ezliyani suggest untuk induce tapi mama refuse jugak lepastu Dr. Ezliyani cakap risiko tinggi, berani ke nak tanggung risiko? (mama nangisss lagi..) lepas kena tortured and counseling dengan doktor masa repeat bacaan CTG ozair tu mama decided setuju untuk induce..(seriusly mama down masa ni)
masa ni dekat labour room. kena pakai oksigen sebab ozair tak nak gerak.Gemuk betul mama.

Ok dah check in dekat wad mama pun dah mula bosan..tengok-tengok orang, check up sikit sikit dan of course kebosanan yang terlampau..ada dengar ceramah dari staf wad tentang penyusuan susu ibu dan penjelasan sikit tentang risiko induce dari HO dan MO dekat wad..
cucuk lagi untuk check darah. Doktor cakap darah mama ade antibodi. kena ambil dekat pusat darah negara
abah dah boring
2 Julai 2015
Harini mama start induce pil yang pertama..Ya Allah debar betul mama..pagi masuk ubat lepas tu doktor rangsang bukaan servik mama..tapi no progress..Tiap tiap pagi pukul 4am-5am mama kena bangun buat CTG. Tiap kali check up kena check ada denyutan jantung awak x? 

3 Julai 2015
Induce yang ke 2 pun still no progress..Check CTG macam biase. as long as mama dengar Heart Beat awak, mama ok je :)


4 Julai 2015
Induce yang ke 3 pun sama sayang still no progress..sayang memang buli mama tau, tak nak keluar..mama dah kejung dekat wad dah ni (nangis).

5 Julai 2015
Pagi ni Dr. Syaripah yang induce, ni induce yang terakhir jadi kalau xde progresss jugak kena operate (nangis) so mama diarah untuk puasa sampai pagi esok untuk preparation ke OT Room incase kalau terpaksa ceaser.

6 Julai 2015

Hari yang dinanti..masa check up pagi dengan Dr. Syaripah bukaan mama dah 2cm tapi still tinggi lagi. Dr. Syaripah suggest masuk labour room untuk continue progress samada nak pecah air ketuban atau end with ceaser. 

Ok masa ni Doktor suruh mama makan sebab lama dekat labour. Ya Allah sayang, mama x ada makanan nak makan. Nasib baik ada kurma nenek mak bekalkan. Mama makan sambil susah hati yang terlampau. Nak telan pun susah kurma tu. Nurse datang katil mama bawa wheelchair dan tolak Mama sampai labour. Nurse pesan bawak pampers sebab confirm awak keluar arini. Sampai je mama kena tukar baju. Lepas tu cucuk 'drip induce' untuk rangsang kontraksi lagi kuat. Sepanjang proses induce, doktor pasangkan perut mama dengan CTG untuk kesan degupan jantung awak dan kesan kadar sakit kontraksi. Ok mama dah start kontraksi 2 minit 1 minit..Dr. Ain masukkan tiub kencing sebab mama akan stay labour room lama. sampai pukul 7 malam mama stay dan sakit sayang. tapi mama boleh tahan lagi. sampai tertidur tidur dalam tu. tak tau la mama berdengkur ke ape ke..hahahahaha! Masa dalam labour room abah tunggu kat luar. abah nak jumpa mama tapi x boleh masuk.Lepas tu PPK kak yati tolong abah masuk jumpa mama. Ya Allah happy sangat mama masa nampak abah. Abah nak kasi air anugerah tapi mama x sempat minum. Lepas tu doktor Leng Meng Chik check bukaan mama..bukaan mama still 2 cm. Oh mama dah rasa sakit masa ni, contraction mama makin kuat. Doktor kata bahaya tunggu lama-lama sebab air ketuban dah pecah jadi malam ni jugak kena ceaser. Doktor syor operate dekat HTJ sebab masa ni OT room ada tempeture problem. tak hygience..Mama sanggup tanggung risiko nak operate dekat HTAN. Mama tukar baju putih lepas tu kena tukar katil. Masa ni contraction semakin kuat. Mama nak tukar katil pun sakit. Oh! Tahan. Tahan.



mama tukar baju OT dah. Masa ni abah asyik cuti-curi ambil gambar je
masa ni mama dekat depan OT Room. ok tu pakshu tengah checking mama, eh sibuk je. mama tengah dengar T&C dekat OT Room. Actually mama tak dengar sangat pun sebab mama dah x sabar nak jumpa awak ni..yihhuuuuu!


Mama masuk je OT Room ntah berapa kali tukar baju pun mama tak ingat. Mama kena bius dekat tulang belakang, 2 kali jarum cucuk tulang belakang mama. Rasa biasa je macam kena gigit semut. Lepas tu Doktor baringkan mama dan test samada bius tu dah function ke belum kot dengan kain kapas yang basah dan sejuk. Mama risau masa ni takut sangat kalau doktor potong perut mama, mama rasa sakit. Berapa kali test bius baru start Operation. Masa ni mama ingat lagi jam BasketBall dekat sebelah mama start dalam pukul 9pm macamtu. And Done dalam pukul 9:37pm. 

Masa start Operation mama tak nampak perut sebab Anes staf blok kain depan mata mama. Doktor yang handle operation buat operation cepat sangat dan bersungguh sungguh. mama dengar Doktor semua berusaha dengan gigih nak keluarkan awak sayang. Bergoyang-goyang perut mama. Rasa macam kena tolak2 perut mama masa tu. Doktor minta tolong staf yang lain tolak perut mama dari atas sebab kedudukan adik tinggi. "One Two Three Push! One Two Three Push!"  Lepas tu mama dengar Doktor Leng cakap "Oh Its a Boy!! Its a Boy!!' sekali dengan  suara adik menangis, Alhamdullillah!! Adik dah selamat keluar :)


Lepas tu sayup2 dengar suara adik makin perlahan keluar dari OT Room maybe staf OT bawak adik pergi Labour room untuk bersihkan adik dan timbang lilit semua tu kot?. 

Abah cerita masa awak keluar abah tak tau. Abah ingat anak orang lain sebab kejap je dah keluar? hehehe..Masa nurse kasi awak dekat Abah, Abah nangis masa azankan awak. Mama sedih dengar abah cerita sebab abah x pernah nangis pun depan mama. Pak shu pulak sibuk nak tengok hidung awak..Grrrrr!! Dah selesai semua barulah mama jumpa awak sayang. Nurse tunjukkan awak dekat mama. Masa tu mama tengah kena jahit kot. Nurse tunjuk pipit awak lepas tu mulakan penyusuan kali pertama. Dah selesai semua awak baring dekat dada mama lepas tu PPK tolak pergi Wad 10. Keluar je dari OT  mama nampak nenek. eh Tok mak dengan Tok Ayah pun ada. Mama lambai nenek mak suruh ikut. Mama rasa macam nak turun je katil nak peluk nenek. Mama nak minta ampun. Tak tau lah kenapa ada perasaan tu? T_T mungkin sebab naluri mak mak kot?huhu..
Masa ni awak baru je keluar dari perut mama, 
abah ambil gambar masa nurse suruh azan

Masa mama dihantar ke wad, Nenek Mak ,Tok Mak Tok Ayah Ain Abah ikut sekali. Nurse tukar baju mama dan pakaikan pad. Tok Mak dengan Tok  Ayah tengok awak, Nenek Mak je tengok mama..hihihi..Lepas tu semua kena balik sebab bukan waktu melawat. Tinggal mama sorang. Mama masa tu penat dan mengantuk. Muka mama gatal..mama garu-garu muka mama..Mama ingatkan sebab kuku mama panjang rupanya sebab kesan bius tu.sampai mama suruh abah bawak kepit kuku sebab tak tahan gatal sangat. 

7 Julai 2015
Setiap 2 jam nurse kejutkan mama susu kan awak. Mama pulak memang tak boleh bangun sebab memang prosedur lepas bius mama kena baring je. Susah betul nak susukan awak sayang sebab mama kena baring tegak je tanpa bantal. Nak masuk subuh Sister kejut mama lagi susukan awak, lepas tu mama request nak tegakkan katil, sister tu tanya ada pening2 tak? pukul berapa bius? macam2 soalan jugak sister tu tanya lepas tu sister tegakkan katil mama. Oh leganya. 

Pagi tu Nurse Check suhu mama dengan awak. Eh mama demam pulak! Tapi mama rasa sihat je. Semua cakap badan mama panas sangat sampai kena lumur dengan tuala basah. Tiap sejam nurse check suhu.

Waktu lawatan pagi, seawal 7pagi nenek mak dengan paksu datang bawak makanan. Pakshu pun bangun awal lah nak tengok awak. huhuhu. Mama dah lapar betul dah masa ni. Lebih 24 jam mama tak makan! Mama nak minum air banyak2 tapi nenek mak tak kasi sebab mama baru lepas operate. Pagi tu Sister minta mama cuba bangun. Mandi dan uruskan awak. Mama ok je, mama cuba bangun walaupun takut. Mama rasa pening, macam nak tumbang. Sedaya upaya mama bangun jugak duduk dekat kerusi. Lama mama duduk dekat kerusi, bangun sikit2 bertatih mama nak pegi toilet. Sister tu peteng je mama dari jauh sambil tengokkan awak. Kot hilang kang. Sister tu cakap nak pegi mana-mana cakap takut anak hilang. Fuh! Cuak mama! Mama berjaya mandi sendiri dah uruskan diri mama dengan Jayanya!! walaupun dengan perut baru lepas kena belah dan Pergerakan mama yang sangat terbatas mama kena kuat!

Pagi ni kemain ramai orang datang tengok awak. Banyak yang bagi duit. Terima Kasih banyak-banyak! Disebabkan ramai sangat tengok awak, sister yang incharge mama, marah2 sebab mama sepatutnya kena berehat. Its ok, mama tido je kalau penat walaupun ada orang datang tengok. Huhuhu..

Masa kawan mama, Auntie sima datang mama pandang dia lepas tu mama tido balik..hahaha! mama mengantuk sangat.

butayang mama baru 1 hari

Tok Abah datang tengok cucu dia
oh! Nenek mak datang bagi makan malam, lepas tu mama kena halau dekat Guard. Oh! mama melenting betul. Mama nak nenek mak kot. Nenek Mak cakap jangan gaduh, nanti nenek datang lagi. Mama marah Guard tu, Geram betul mama. tak sampai 10 minit pun nenek stay. 

Julai 2015
Pagi ni mama ok jugak, boleh bangun walaupun terbongkok bongkok. Mama request nak balik boleh ke? Doktor sharipah kata kalau balik kena tunjuk diri tu dah sihat dan boleh bangun dan berdiri tanpa bantuan. Oh! dari semalam mama dah practise kot..memang boleh balik la cemtu! hehehe..

Julai 2015
Yeah!! dah boleh balik!! Tuhan je yang tahu betapa happynya mama boleh balik..
Masa balik pakshu yang ambil, masa drive pakshu langgar bumper. Aduhhhh!! ngilu perut mama..Lama mama nak recover dari luka perut. Betapa terbatasnya pergerakan mama sampai mama rasa mama nak mati dah. Dah la awak kena kuning lama sayang, macam2 mama ikhtiar. Akhirnya air rebusan daun belimbing buluh yang serasi..
Alhamdullillah..semuanya dipermudahkan. Mama pun dah sihat. Awak pun dah dembol sangat dah. tak larat mama nak dukung dah. hihihi..


"Ahmad Farid Ozar, sesungguhnya mama sayangkan awak dunia dah akhirat mama. Mama akan sentiasa doakan awak berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yang mendengar kata, Bertakwa kepada Allah dan mencontohi kepimpinan Rasullah swt (selawat)"

Hari kedua





check kuning

Selamat Hari Raya :)










No comments:

Post a Comment