Daisypath - Anniversary

Lilypie - Maternity

Saturday, May 4, 2013

HONEYMOON - CAMERON HIGHLAND

CAMERON HIGHLAND
27HB APRIL 2013 - 28HB APRIL 2013

Akhirnya sesi kenal - kenal dengan keluarga belah zul dah settle :)
First weekend, after married kami habiskan masa di Felda Lenga, Johor.




Second weekend, abang suggest nak pergi Cameron Highland :)

(haaaa!!!..YIBBA YIBBA ANDREEEE!!.(sambil lompat atas katil)
semangat ni nak pergi tapi apa kan daya aku kerja shif pagi pulak  hari tu (T-T)
try jugak apply cuti tapi tak ada penganti..
hoh! sedih..
nasib baik abang faham..so kami decide lepas aku abis shif pagi baru gerak ke
cameron highland..

Malam tu aku dah siap-siap packing dah barang-barang :

Listing :
-Mini toiletries & Mini make up bag
-Pakaian untuk 2 hari 1 malam
-Mini Towel
-Telekung
-Air mineral
-Sweater
-Charger phone
-Camera

So, esok pagi tu lepas abang hantar pergi kerja, semua barang dah siap :)
wiwiwiwiwi~

Kami gerak around 1:00pm, berhenti kejap Drive thru isi perut dulu.
Then baru gerak ke Highway Seremban - Tapah.
Dalam perjalanan abang berhenti solat kejap dekat R & R,
kami sampai Tol Tapah around 4:00pm.


Masa tu la adventure ke Cameron Highland bermula.
Seriously jalan bengkang bengkok dia lagi maha dasyat dari bukit putus!
Kami berhenti kejap dekat Lata Iskandar.(Hilangkan fening-fening nak muntah!)

Perut dah start lapar balik bila nampak ada orang jual - jual dekat
sekeliling Lata iskandar tu,
tapi hurm aku ni selalu je was -was lagi-lagi bila dapat tahu area kat situ,
area Orang Asli. Eh,OK je kalau nak beli, ramai orang beli tau!



ni masa kami dekat Lata iskandar :)



Selesai posing - posing dekat sana, kami teruskan perjalanan.
HAaaaa! Seriously nak muntah! pening kepala!
Tak sabar - sabar nak sampai atas! Sampai mengeluh-ngeluh.




ni dekat Cameron Valley Ladang teh Bharat Plantation.
5km sebelum Tanah rata.



Sampai je dekat Tanah rata abang ajak terus pergi Brinchang. Katanya ada pasar malam. Parking MashaAllah, Pack gile!!Nasib baik ada jugak parking dekat belakang-belakang. Lepas park kereta, keluar je terus cari Toilet.
Aku dah menahan nak buang air dari Lata iskandar lagi ni.
Sejuk gila. Rasa nak peluk 24jam je cik abang..hahaha!

Sekarang ni update situation dekat Pasar Malam Brinchang pulak.
Aku diberitahu Pasar Malam Brinchang ni ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.
So kalau nak shopping best-best kena la datang masa Weekend.
Masa ni jalan agak jammed jugak la. Kena la sabar sikit dalam kereta.
Lagi-lagi kalau kereta manual, berapa juta belas kali ntah tekan clush & brek.
Lenguh kaki poit!


nak beli ni, tapi tak jadi sebab orang indon yang jual.huhu~

strawberi coklat ni ada 3 biji sebenarnya, tapi 2 biji lagi dah "ghaib" hahaha!
sedap la tapi sakit tekak makan. nape eh?


Overall ok la kat sana. Tak rambang mata sangat masa dekat pasar malam tu

sebab semua benda yang sama je ada dekat Pilah.
Banyak cari makanan je nak bawa balik rumah untuk mak abang dengan mak aku.
Nak beli strawberi kami tak minat sangat. Beli coklat je banyak sebab aku suka coklat,
family aku pun suka coklat :) 


yang ni murah, 8 kotak RM20.00 je.


Masa jalan - jalan tu kami ni sibuk la carik souvenier untuk kawan - kawan.
Jumpa fridge magnet Rm1.00 satu. Terus ambik 20..!!
Aku nampak stokin, terus ambil 2, satu mak (colour purple) satu aku punya (colour pink).

OK aku dah start rambang mata dah! abang bila dia nampak aku macam dah excited je cepat - cepat dia tarik aku balik sebelum aku habiskan semua duit. hahaha!


Abang sempat beli jagung, katanya ole-ole untuk mak dengan ayah.
2 Plastik besar beli, Tamhak betul!!..
(dah balik rumah jagung madu yang digembar gemburkan tu tak manis pun!! tawar je..)

Kat sini susah nak tawar barang. Diorang fixed kan harga.
hoh! lagi fixed lagi aku tak hendak beli.
Atleast kurang RM2 - RM3 pun ok, ni tak kasi chance langsung! 


 Settle shopping dekat pasar malam, kami check in Hotel dekat Tanah Rata.
Aku ada la survey dulu dekat google tentang hotel ni,
Muslim Hotel Cameron Highland (klik kat sebelah)
Puas cari dekat area Tanah rata rupa - rupanya dah tukar nama. 
Nows Madani Hotel pulak.
Nasib baik jumpa, lokasi betul - betul depan jalan utama.
Testimoni Hotel ni dekat google ok la,
yang lagi meyakinkan Hotel ni hanya untuk muslim sahaja.
so confirm la ada sejadah, arah kiblat dan of course sangat bersih!
dan tak sangka agak canggih..heee~
disebabkan kami ni check in dah malam, yang tinggal bilik katil King size
dengan single je,kami decide nak cut cost.
Bilik Katil King Size tu dalam RM190++, Katil single Rm105 sahaja.
Including Breakfast tau!!
As ussuall kena cas Deposit RM50. Bila dah check out nanti refund semula.
So kami pun decide nak ambil yang katil single je lah.
dalam kepala fikir mesti tak best, dah la tengah honeymoon mood T_T
tapi bila lepas tengok bilik, Fuyooo!! selesa gila. Bersih dan cantik sangat!!
SANGAT Puas hati la even katil single. muat je katil untuk kami berdua :) 
(gambar bilik tu sorry la. Masa check out kami agak rushing, so bersepah - sepah bilik kami tinggalkan.)







Dah settle check in, perut pun dah lapar.
Kami makan dekat Medan selera area Tanah Rata.
Kedai makan banyak. Jadi tak ada masalah pun nak cari kedai Melayu.
Menu yang kami pilih ni Menu Pakej, ada 2 nasi putih, Tomyam Ayam, Telur dadar, Daging masak merah, Sayur Kailan ikan masin Total Rm18.00 je.
tambahan air teh' o ais dengan Teh' o limau suam, Total semua baru RM20.70 je.
Murah la tu kan? Makanan sedap dengan sayur yang fresh.
Memang x compliant dah :)



Selesai makan, Balik hotel, mandi,  lepas tu terus tidur :)

Keesokkan hari tu abang check out around 9:00am lepas sarapan pagi.
Dining dekat sebelah Entrance je.
Makanan pun sedap dan murah kalau outsider nak makan dekat situ.

















Lepas settle makan, kami plan nak ke KEA FARM,
tapi belum sampai Kea Farm lagi dah nampak ada deretan pasar berdekatan Kea Farm.
Apo laie, singgah la!



Jalan jammed!














Jagung bakar ni sedap gila! Harga RM3.50. 


Habis round, kami gerak ke Ladang teh Boh. Kat sini yang paling menyampah sekali sebab kena jalan kaki naik kat atas. Nasib baik kami ikut jalan kereta lalu.
Kalau ikut laluan Ladang teh, boleh tercabut lutut, sebab jalan bertangga-tangga.
Masa balik je, ikut jalan ladang teh. Tu pun mengeluh jugak.huhuhu~








Abang tegur perut aku buncit, hahaha!! bila tengok dekat gambar memang ketara gila!
macam pregnant la pulak! huhuhu~




Dah penat berjalan, kami decide nak balik. 
On the way nak balik tu YA Allah, mata aku dah naik juling dah dengan jalan bengkang bengkok tu! sampai terlelap mata. Rupanya abang pun sama, sampai Lata iskandar abang berhenti tidur kejap. Kesian dia. Lepas abang bangun je akuv TERUS bertekad tak nak tidur dah dan teman abang sepanjang perjalanan. huhuhu~

Sampai je dekat Tapah, kami berhenti makan.



Kami makan nasi berlauk. Kedai ni masakan dia sangat ok, Sedap jugak la tapi yang slack dekat pekerja dia. waiter sorang layan pelanggan 50++ orang!
Sampai abang ambil air sendiri dekat tempat buat air tu.
Kesian pekerja dia  sorang-sorang je yang layan pelanggan yang ramai tu.
Kedai ni kena hire lagi 2, 3 orang pekerja atleast.
Yang tukang buat air pulak kena handle nasi ayam sekali. sampai berpusing-pusing kiri kanan. Kedai ni ramai pelanggan, sebab dekat dengan Tol Tapah.
Dari jauh lagi dah nampak kedai ni dengan Banner yang besar tu!
confirm la ramai yang berhenti termasuk lah dengan aku. hehee~ :)



Dah settle makan, kami gerak semula. Dah sejam perjalanan abang berhenti solat dekat R&R Pagoh. Sementara tunggu abang solat, aku pun mencarik makanan,
gila mengantuk duduk sebelah driver tapi tak ada benda yang boleh ditelan.
Aku beli jambu dengan lemang cicah rendang. Sedap!!


Sampai KL mata aku ni still segar, sambil mulut kunyah-kunyah makanan.heheehe~




So, itulah entry aku untuk hari ni. hohohoho~ :)
panjang lebar kan? aku pun dah mengantuk.
moh le kite tidur.













No comments:

Post a Comment